Latest News

, ,

assalamualakom.. hari ni nak citer sket je.. sambil sembang je.. selalunya kalau kita tengok tentang tag brand kat baju band tu kita akan tahu baju tu memang lama atau baru punya.. maksudnya baju band tu era 70-han, 80han atau 90han, kalau diperhatikan pun.. mana kita nak tau kan,, takdak pun tulis tarikh kecuali copyright yang ada kat bawah imej untuk baju band tu kan.. selalunya itu lah yang melambangkan rarenya baju tu…

di sini saya sertakan contoh tag brand mengikut generasi..

70sbrands

ini ada contoh tag brand era 70han

tag jenis ni memang sukar sangat nak jumpa, kalau ikut nak pecah guni memang boleh dikatakan memang takkan jumpa laa.. memang barang lama sangat.. tapi tak mustahil.. bergantung pada nasib masing-masing laa

80sbrands

ini adalah contoh tag brand era 80han

Tag jenis ni memang boleh jumpa dan diperolehi lagi laa.. tapi ini kebanyakkannya barang ni dah dikira barang vintage ni, selalunya kalau tag jenis ni harga pun dah lain macam sket ni.. selalunya kita boleh lihat jahitan di tangan dan jahitan baju di bawah tu ialah jahitan single.. memang barang lama kan,.. berbanding jahitan baju barukan kebanyakkannya jahitan double…

90sbrands

ini pulak untuk era 90han

Kalau selalu ikut orang pecah guni selalu tag macam ni laa yang selalu timbul tak kira laa baju band atau baju biasa, ini era 90han.. dah agak baru.. tapi masih agak lama juga.. kalau nak rasa lama lagi.. anggap saja barang abad 20 punya ni.. haa.. kan rasa cam barang lama.. tapi still ada harga.. masih bernilai kepada pengumpul bundle..

Tag brand bukanlah satu isuyang besar.. kadang-kadang baju rare ni tak dak tag pun masih bernilai.. tapi memang tidak dapat dinafikan, jika tak tak ada.. harga satu-satu baju tu akan jatuh.. saya ambil contoh baju band kain 100 lama dengan baju band kain 50-50, hampir tiada beza, jika tiada tag maka kita tidak dapat nak pastikan itu baju 50-50 atau kain 100 lama.. harga antara 2 jenis ini juga berbeza mengikut permintaan.. jadi penilai yang betul-betul pakar tentang bundle ni je tahu..

itulah serba sedikit penerangan tentang tag brand mengikut era dari dulu hingga sekarang.

Author Info

Instagram

Facebook

featured Slider

?max-results="+numposts1+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=bthemez_slider\"><\/script>");

Pages

Flickr Images